Friday, November 10, 2017
IKAN SIAKAP SAMBAL SERAI...
IKAN SIAKAP SAMBAL SERAI
rujukan : yatiememories...
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan siakap sederhana besar
1 labu bawang besar ~ dimayang
2 batang serai ~ dititik
1/4 cawan jus asam jawa
Sedikit tepung jagung ~ untuk salut pada ikan
Garam & gula secukup rasa
Daun sup ~ hiris sebagai hiasan (saya ganti dengan hirisan cili hijau)
Bahan Dikisar :
4 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
1 cawan cili kisar
Cara Memasak :
1. Ikan dibersihkan, cuci dan toskan. Kelar-kelarkan sedikit permukaannya.
2. Lapkan dengan kitchen towel dan lumurkan dengan sedikit garam. Kemudian lumurkan pula dengan sedikit tepung jagung dan goreng terendam di dalam minyak.
3. Setelah masak, angkat dan toskan. Ketepikan dulu.
4. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan dan tumiskan bawang besar yang dimayang sehingga sedikit layu. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan tumiskan sehingga naik bau.
5. Masukkan serai yang dititik tadi dan gaul lagi sehingga sebati. (Tambahkan sedikit air sekiranya perlu).
6. Masukkan jus asam jawa, garam dan gula....perasakan. Sekiranya dah cukup rasanya, bolehlah di tutup api dan siramkan kuah sambal ke atas ikan tadi.
7. Hidangkan bersama dengan nasi putih hangat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ni yang rasa nak mencuba jugak ni..
ReplyDeleteSilakan adda syuhada..😉
ReplyDelete