KEK BLACK MAGIC OREO CHEESE
rujukan : seleraputeri.blogspot.my
Bahan Lapisan Kek :
2 paket biskut Oreo@28 keping (137 gm/paket)
200 ml susu Dutch Lady Full Cream
1/2 sudu teh baking powder
Bahan Lapisan Cheese :
250 gm cream cheese
2 biji telur (120 gm tanpa kulit)
70 gm gula kastor
1/4 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
Blend/kisar biskut Oreo bersama krimnya sehingga halus.
Masukkan ke dalam satu bekas dan tambahkan baking powder, kacau rata.
Tuangkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati.
Biarkan adunan sebentar lebih kurang 10-15 minit (adunan jangan terus dikukus, rehatkan sebentar supaya tepung biskut mengembang dalam susu...ini dapat dilihat adunan menjadi pekat sedikit selepas dibiarkan seketika berbanding sejurus selepas siap di adun).
Sediakan loyang bersaiz 6 inci persegi, alas dan oleskan dasar dan keliling dengan marjerin.
Bila kukusan sudah betul-betul mendidih, tuangkan adunan ke dalam loyang.
Tutup dengan foil dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak dengan api sederhana.
Sementara itu sediakan adunan cheese.
Mixer/putar cream cheese sehingga gebu.
Masukkan gula dan mixer/putar lagi sehingga sebati.
Masukkan pula telur dan esen vanilla, mixer/putar lagi sehingga rata.
Asingkan 2 sudu makan dan warnakan dengan sedikit pewarna red velvet emulco.
Adunan selebihnya tambahkan dengan 1 sudu teh pewarna putih, mixer/putar sekejap sehingga rata.
Bila lapisan oreo sudah masak, tuangkan adunan cheese dan lorekkan dengan adunan berwarna tadi.
Tutup kembali dengan foil dan sambung kukus semula lebih kurang 25 minit sehingga masak dengan api sederhana.
Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum dipotong...
sedapnyer...
ReplyDelete