PUDING ROTI vs KASTAD
rujukan : MyResipi.com
Kredit to : Azrena Ien via MAHN...
Bahan Puding Roti :
8 keping roti
2 cawan susu segar atau susu cair
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat (optional)
2 sudu besar mentega ~ cairkan
2 biji telur gred AA (saya guna gred A)
Garam secukupnya
Kismis secukupnya
Cara-Cara :
1. Satukan kesemua bahan di atas kecuali roti dan kismis.
2. Blender atau whisk sehingga sebati. Masukkan ke dalam bekas lain.
3. Roti di carik-carik atau dipotong 4. Masukkan ke dalam adunan susu tadi diikuti dengan kismis.
4. Bila roti sudah serap pada adunan susu, masukkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci bulat yang sudah disapu sedikit mentega dan dilapik dengan baking paper. Tekan-tekan sedikit untuk ratakan bahagian atas roti.
5. Panaskan oven pada suhu 170'C api atas bawah. Bakar dengan kaedah 'water-bath' selama 45 minit atau sehingga puding masak.
Bahan Puding Kastad :
7 gm serbuk agar-agar
2 cawan air
150 gm gula
200 ml susu cair
3 sudu besar tepung kastad ~ dilarutkan dengan sedikit air
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning (jika suka)
Cara-Cara :
Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan masak sehingga serbuk agar-agar larut sepenuhnya.
Masukkan gula, susu cair dan tepung kastad yang dilarutkan dengan sedikit air dan masukkan esen vanila, sedikit pewarna kuning (jika guna) dan garam.
Masak sehingga adunan memekat. Terus dituangkan ke atas permukaan puding roti yang sudah siap dibakar dan disejukkan seketika.
Setelah hilang wap panas, sejukkan di dalam peti ais selama 2 hingga 3 jam sebelum dikeluarkan dari loyang....
No comments:
Post a Comment