KEK PISANG

Sunday, June 3, 2012

Kek




KEK BATIK BISKUT MARIE

dari buku :     Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria
dicuba oleh :    zaralovebaking.blogspot.com

Bahan-bahan :

400  gm   biskut Marie  -  dipatah-patahkan
250  gm   mentega
230  gm   susu pekat manis
200  gm   air
140  gm   gula kastor
50    gm   serbuk koko
50    gm   serbuk milo
2     biji    telur  -  dipukul
1     tsp    esen vanilla

Cara membuat :

1.   Masukkan mentega dalam periuk/kuali.  Panaskan atas api sederhana hingga cair.  Tuangkan air dan dikacau sebati.
2.   Kemudian masukkan serbuk Milo, serbuk koko, susu pekat, gula kastor dan esen vanilla.  Dikacau rata.  Tuangkan telur.  Apabila bancuhan pekat, masukkan biskut.  Kacau sebati dan tutupkan api.
3.   Alas acuan empat segi berukuran 8" x 8" dengan kertas aluminium.  Tuangkan adunan ke dalamnya.
4.   Ambil sehelai plastik, letak atas kek dan tekan dengan senduk agar adunan padat.  Biarkan sejuk pada suhu bilik.
5.   Masukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam.  Potong apabila telah keras.

No comments:

Post a Comment