FLUFFY CHOCOLATE PANCAKE
FLUFFY CHOCOLATE PANCAKE
resepi dari : Nurniezza (Majalah Aroma Jun 2012)
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
3/4 cawan susu segar
2 tbsp cuka makan
1 cawan tepung gandum
2 tbsp gula putih
1 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp garam
1 biji telur
2 tbsp butter - dicairkan
3 tbsp coklat masakan - dicairkan (saya guna coklat emulco 1 tsp)
Cara-cara :
1. Campurkan susu dengan cuka di dalam mangkuk dan asingkan selama 5 minit untuk menjadikannya masam seperti buttermilk.
2. Campurkan tepung, gula, baking powder, baking soda dan garam di dalam mangkuk yang besar.
3. Pukul telur di dalam susu masam atau buttermilk tadi. Masukkan coklat masakan yang dicairkan bersama butter tadi dan tuangkan campuran tepung dan bahan lain ke dalam bahan basah. Kemudian kacau hingga adunan tidak berketul.
4. Panaskan kuali pada suhu sederhana. Tuangkan 1/4 cawan adunan ke dalam kuali dan masak hingga buih keluar di permukaan.
5. Alihkan/terbalikkan dengan sudip dan masak hingga bahagian sebelah menjadi keperang-perangan. Setelah masak bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan bersama dengan coklat syrup atau madu.
No comments:
Post a Comment