KUIH SAGU @ BRONOK
KUIH SAGU @ BRONOK
resepi dari : Hanieliza, Citarasawan & teman-teman yang lain, tqvm.
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 cawan sagu (dibasuh, rendam sebentar & toskan)
3 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 tbsp esen ros/sirap ros
2 helai daun pandan (simpul)
Hiasan :
1/2 cawan kelapa parut putih dan sedikit garam (dikukus sebentar untuk elak cepat basi)
Acuan : 8 inci
Cara membuatnya :
1. Siramkan sagu dengan air dan toskan.
2. Masakkan air hingga mendidih dan masukkan sagu. Kacau selalu supaya tidak berketul.
3. Kacaukan hingga separuh masak. Masukkan daun pandan, gula pasir dan pewarna. Kacau hingga sagu menjadi likat. Keluarkan daun pandan.
4. Masukkan dalam acuan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Kukuskan selama 10 minit hingga sagu menjadi jernih. (Sagu juga boleh dimasak terus hingga jernih dan tidak perlu dikukus - ikut pilihan).
5. Sejukkan dahulu barulah dipotong dan digolekkan ke dalam kelapa parut putih tadi.
No comments:
Post a Comment