TALAM ROTI BERKISMIS
TALAM ROTI BERKISMIS
sumber : buku 'Kuih Tradisional Kak Ita'
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan Lapisan Bawah :
13 keping roti putih Gardenia - dicarik-carik
2 biji telur (gred B)
50 gm kismis
1/2 cawan gula kastor
1/2 tsp garam
150 ml santan pekat
300 ml air
1/4 tsp esen vanilla
Bahan Lapisan Tengah :
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula kastor
1/2 tsp garam
2 biji telur (gred B)
100 ml santan pekat
300 ml air
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan
Bahan Lapisan Atas :
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan gula kastor
1/4 tsp garam
1/8 tsp esen vanilla
3 biji telur (gred B)
100 ml santan pekat
300 ml air
sedikit pewarna oren
Loyang : 10" x 10" x 2" persegi disapu sedikit minyak dan di alas plastik
Cara Penyediaan :
1. Lapisan Bawah : Satukan semua bahan-bahan dan rendam selama 30 minit hingga roti lembut.
2. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 25 minit. Apabila masak angkat dan cakar permukaannya dengan garpu.
3. Lapisan Tengah : Satukan semua bahan lapisan tengah, kacau rata dan tapis ke dalam periuk. Masak hingga naik wap. (agak-agak pekat sedikit seperti susu pekat).
4. Tuangkan ke atas lapisan bawah, kukus selama 25 minit. Apabila masak cakar permukaannya dengan garpu.
5. Lapisan Atas : Ikut seperti cara-cara lapisan tengah. Masak jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Kukus selama 30 minit untuk lapisan akhir ini. Sentiasa lap tutup pengukus.
No comments:
Post a Comment