KEK PISANG

Sunday, June 3, 2012

Rainbow Cupcake

 BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKE





BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKE


resepi asal :   Azlita  Masam Manis, Citarasawan & lain-lain (tqvm to all)
dicuba oleh :   zaralovebaking.blogspot.com

Bahan-bahan :


1 1/2  cawan   tepung gandum
2  tsp.             baking powder
Secubit garam
1/2     cawan   butter  -  suhu bilik
1        cawan   gula kastor
3  biji              putih telur  -  suhu bilik
1  tsp.             esen vanilla
3/4  cawan      susu segar  -  suhu bilik
Pewarna :   oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Cara membuatnya :

1.   Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
2.   Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu.
3.   Masukkan putih telur dan pukul lagi hingga gebu dan ringan diikuti esen vanilla dan pukul lagi hingga rata.
4.   Masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar dengan kaedah kaup balik.
5.   Bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan dan letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata.
6.   Masukkan setiap adunan ke dalam cawan kertas berselang-seli warna secara tompok-tompok.
7.   Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 15-20 minit.
8.   Bila sudah masak letak atas redai hingga kek sejuk.  Potong atas kek dengan pisau dan belah dua.  Letakkan buttercream atas kek cawan tadi.  Kemudian susun kek yang telah dipotong tadi membentuk rama-rama dan akhir sekali letakkan manik-manik gula di tengah-tengah bentuk rama-rama tersebut.

No comments:

Post a Comment