Sunday, January 11, 2015
KEK MARBLE BUTTER CHEESE
KEK MARBLE BUTTER CHEESE
sumber dari : kakzusemanisgula & FB; thanks..
dicuba : zaralovebaking..
Bahan-bahan :
150 gm mentega
250 gm cream cheese Philadelphia, suhu bilik
200 gm gula kastor
4 biji telur 'B'
250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
120 ml susu cair
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan susu cair
Sedikit pewarna hijau
Cara Penyediaan :
1. Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan seketika.
2. Putar mentega, cream cheese dan gula sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan telur satu demi satu dan terus putar sehingga sebati.
4. Masukkan tepung yang diayak tadi berselang-seli dengan susu cair sehingga habis. Kemudian masukkan esen vanilla. Gau sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian dibiarkan kosong, 1 bahagian lagi masukkan serbuk koko dan susu cair dan 1 bahagian lagi masukkan warna hijau.
6. Tuangkan ketiga-tiga adunan secara berselang-seli ke dalam loyang bersaiz 8 inci petak,digris dan dialas dengan baking paper sehingga habis. (Jika suka, lorekkan dengan lidi sate untuk corak marble).
7. Bakar selama 1 jam 10 minit atau sehingga masak sepenuhnya pada suhu 170'C.
Labels:
Cheesecake
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment