sebelum dilorek & dibakar...
selepas dibakar
KEK PISANG MARBLE
sumber dari : Majalah Aroma Dec. 2014; (syapex kitchen); thanks....
tried & tested : zaralovebaking; sedap...
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak masak/jagung
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum (saya guna pisangan berangan)
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam
Sedikit esen vanilla
3 biji telur A/B
Sedikit coklat emulco atau serbuk koko
Sedikit pewarna merah
Pandan paste
Cara Penyediaan :
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian lenyek pisang dengan secubit garam, ketepikan.
2. Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Masukkan pisang yang dilenyek tadi bersama minyak, kacau sebati kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti pula susu segar dan esen vanilla, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
3. Ambil kira-kira 1 senduk adunan untuk coklat emulco, 1 senduk untuk pewarna merah dan 1 senduk untuk pandan paste.
4. Curahkan baki adunan kek pisang di dalam acuan bersaiz 8 inci bulat/persegi yang telah digris dan dialas dengan baking paper. Kemudian curahkan pula adunan coklat, adunan merah dan pandan secara bertompok-tompok di atas kek pisang. Lorekkan dengan perlahan-lahan menggunakan garpu corak marble.
5. Bakar kek pada suhu 170'C selama 50-60 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment