Thursday, January 1, 2015
PEMBUKA TIRAI : SELAMAT TAHUN BARU 2015
KUIH LAPIS CERIA
Oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Secubit garam
Pewarna pilihan (saya guna kuning, merah, hijau & plain)
Acuan/loyang : 7x7x3 inci atau ikut pilihan
Cara-cara :
1. Di dalam bekas yang bersesuaian, satukan ketiga-tiga jenis tepung, garam dan gula. Masukkan air dan santan pekat.
2. Gaulkan kesemua bahan dan ditapis. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan.
3. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang/acuan pilihan.
4. Masukkan 1 cawan adunan putih dan kukus selama 5 minit, sehingga adunan keras sedikit.
5. Lapiskan pula adunan kuning dan kukus lagi selama 5 minit/hingga adunan keras sedikit diikuti dengan adunan seterusnya.
6. Lapiskan adunan berselang-seli sehingga habis. Lapisan terakhir kukus selama 20 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
7. Biarkan sejuk sepenuhnya baru dipotong...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment