Yang ada chocolate chips di atasnya, warna muffin agak gelap kerana terlebih masa bakar
tapi ianya tetap moist dan sedap...
MUFFIN SUNQUICK
sumber dari : Fiza Zaid - Dapur Panas/FB
tried by : zaralovebaking; thanks....
Bahan A :
3 biji telur gred B
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung atau minyak masak
1/2 cawan pati Oren Sunquick
Bahan B :
2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
Cara Penyediaan :
Satukan bahan A sehingga sebati. Ayak bahan B. Satukan bahan A dan B menggunakan kaedah kaup balik sehingga sebati. Jangan terlebih gaul agar muffin tidak keras selepas dibakar. Isikan adunan ke dalam cawan kertas 3/4 penuh, taburkan dengan sedikit chocolate chip atau chocolate rice (jika suka) di atasnya. Bakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
(Yields : 23 pieces)
No comments:
Post a Comment