Saiz L = 23 pcs
Saiz S = 14 pcs
bekalan anak bawa balik ke kolej
MUFFIN COKLAT
sumber dari : Azlita Aziz, Mak Lang Azie, Izah dll; thanks...
tried by : zaralovebaking; sedap & moist...
Bahan A :
2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh baking soda
3 sudu teh serbuk Nescafe
sedikit garam
Bahan B :
2 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung atau minyak masak
1 cawan susu cair atau susu segar
3 biji telur gred B
1-2 sudu besar pati Oren Sunquick
Bahan C :
3/4 cawan air panas
Cara Penyediaan :
Campurkan kesemua bahan-bahan B dan letakkan ketepi seketika. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam. Masukkan serbuk Nescafe ke dalam campuran tepung tadi, gaul sebati kemudian campurkan kesemua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan kacau rata/sebati. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata/sebati. (Jangan terlebih kacau nanti muffin keras).
Cedukkan adunan muffin ke dalam cawan kertas dan bakar pada suhu 175'C selama 20 minit atau sehingga masak sepenuhnya. (Jangan isi terlalu penuh nanti melimpah ketika dibakar).
No comments:
Post a Comment