KEK PISANG

Saturday, September 1, 2012

Pencuci mulut yg. cantik & enak.






PUDING TRIORASA

resipi dari   :   blog:  jebateja  (tqvm for sharing this resepi)
dicuba oleh :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan A :

5  gm        serbuk agar-agar
1  biji        kuning telur
2  cawan   air  (400 ml)
1  cawan   santan pekat (200 ml)
1/2   tsp    pewarna kuning
   1  tbsp   perisa oren
1/2  tsp     pewarna ungu
   1  tbsp   esen vanilla
1/2 cawan gula pasir

Cara membuat :

1.   Masukkan serbuk agar-agar, gula, air, santan dan kuning telur ke dalam periuk.  Kacau sebati dan masak hingga mendidih dengan api kecil.
2.   Setelah masak, tuangkan ke dalam 2 loyang yang berasingan.  Satu bahagian letakkan perisa oren dan pewarna kuning manakala satu bahagian lagi letakkan esen vanilla dan pewarna ungu.  Bekukan kedua-duanya.
3.   Apabila telah beku, potongkan dadu kecil-kecil atau parut kasar (ikut suka).  Campurkan kedua-duanya dan ketepikan sebentar.


Bahan B :

15  gm       serbuk agar-agar
  3  helai     daun pandan,  disimpulkan
  4  cawan  air  (800 ml)
1/2 cawan  gula pasir
  1  tbsp     esen rose

Cara membuat :

1.   Masakkan gula, serbuk agar-agar, air dan daun pandan hingga mendidih.
2.   Setelah mendidih, masukkan esen rose dan tutupkan api.
3.   Letakkan agar-agar yang telah dipotong dadu ke dalam acuan pilihan.  Kemudian tuangkan bahan B ke dalam bekas agar-agar tadi dengan perlahan.  Sejukkan.

No comments:

Post a Comment