KEK PISANG

Sunday, September 2, 2012

Kek Pisang






KEK PISANG REMPAH BETAWI

rujukan dari  :   Majalah SAJI September 2012
dicuba oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan A :

130  gm   mentega
    6  gm   ovellete
135  gm   gula kastor
secubit garam

Bahan B :

   2   biji   telur
   1   biji   kuning telur

Bahan C :  (campurkan sekali dan ayak)

150  gm   tepung gandum
    3  gm   serbuk penaik
1/4   tsp   soda bikarbonat
    3  gm   susu tepung
1/4   tsp   serbuk kulit kayu manis
1/4   tsp   serbuk buah pala

Bahan D :

150  gm   pisang berangan masak,  hancurkan sedikit

Loyang :  8 inci

Cara menyediakan :

1.   Pukul bahan A hingga kembang dan gebu.
2.   Masukkan pula bahan B.  Kacau sebati dan kemudian masukkan bahan C.
3.   Akhir sekali masukkan bahan D dan gaul rata dan masukkan adunan dalam loyang pembakar.
4.   Bakar dalam acuan saiz : 8 inci yang telah digris pada suhu : 170'C selama 35-45 minit atau mengikut kesesuaian ketuhar masing-masing.  ( menghasilkan :  17 biji dalam papercup seperti di atas).

No comments:

Post a Comment