Tuesday, September 25, 2012
Talam Suji
TALAM SUJI
sumber dari : buku - Chef Azimah
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Lapisan Bawah :
140 gm tepung suji
20 gm tepung gandum (3 tbsp)
2 biji telur
120 gm gula pasir
700 ml santan cair (3 cawan)
1/2 tsp garam
Pewarna kuning lemon (saya guna warna oren sebab warna kuning habis)
Loyang : 10" x 10"
Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan didalam periuk bersama tepung suji dan pewarna kuning.
2. Kacau sebati dan masak diatas api sederhana hingga separuh masak (naik wap).
3. Tuangkan ke dalam loyang dialas plastik 14" x 14" dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.
Lapisan Atas :
700 ml santan pekat
2 biji telur
1 tsp esen vanilla (optional)
1/2 tsp garam
150 gm tepung gandum
60 gm gula pasir
200 gm gula Melaka
1 tsp coklat emulco (optional)
Cara-cara :
1. Cincang gula Melaka.
2. Kisar kesemua bahan dan masak hingga naik wap dan tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.
Tips :
1. Gunakan santan dari 1 1/2 biji kelapa untuk adunan ini.
2. Tutup loyang dengan aluminium foil semasa mengukus untuk mengelakkan air menitis atas talam.
3. Saya membuat talam ini 1/2 adunan dan menggunakan loyang 9" x 9", jadi talam ini agak nipis. Lain kali saya akan guna 8" x 8" - ini adalah untuk rujukan saya di masa akan datang. Saya guna warna oren kerana kehabisan warna kuning. Apapun talam ini tetap sedap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
As'salam
ReplyDeletesuka kuih2 talam macam ni, lama juga tak menalam macam rindu aje nak makan :)
terima kasih meninggalkan jejak di blog Dapur CT ya.
Salam, terima kasih sudi singgah sini. Kak suka lawat blog CT yg. cantik malah telah beli buku CT dan buku resipi dari bloggers yg lain sebab kak ni suka mencuba resipi dari blog sekadar mengisi masa lapang. Bila lagi nak keluarkan buku baru?
ReplyDelete