Sunday, September 30, 2012
Bekalan utk dibawa balik ke asrama.
MUFFIN KOKO
sumber : Majalah SAJI April 2012
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
100 gm tepung gandum
40 gm serbuk koko
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1 tbsp serbuk Nescafe
150 gm gula kastor
2 biji telur
100 gm minyak jagung
100 gm susu segar
1 tsp esen vanilla
1/3 cawan air panas
Bahan Hiasan : Cip coklat secukupnya atau ikut citarasasa
Cara menyediakan :
1. Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk Nescafe.
2. Ayak hingga halus. Ketepikan sebentar.
3. Kemudian pukul telur (guna hand whisk) dan masukkan gula. Kacau sebati.
4. Masukkan minyak jagung, susu segar dan esen vanilla. Gaul sebati.
5. Seterusnya masukkan tepung yang telah diayak tadi dan gaul sebati. Kemudian curahkan air panas. Gaul sebati. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin dengan cermat kerana adunan ini agak cair.
6. Akhir sekali taburkan cip coklat di atasnya (saya tabur dengan badam keping).
7. Bakar selama 25 minit pada suhu 180'C.
( menghasilkan : 13 biji papercup seperti di atas)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment