Salam menyambut hari kemerdekaan buat teman-teman semua! Hari ini saya mencuba resipi Red Velvet Cake. Sumber resipi ini dari blog Juicycafe. Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi. Minta izin untuk disalin sebagai rujukan di kemudian hari. Kek ini saya buat untuk dibawa ke rumah adik jadi tak dapat nak dipotong. Hiasannya simple saja sebab masih tidak mahir untuk melepa aising di atas kek ini. Jom kita semak bahan-bahannya.
RED VELVET CAKE (8 inci)
sumber dari : Juicycafe
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
85 gm mentega
220 gm gula kastor
110 gm telur (anggaran 2 biji)
25 gm serbuk koko )
1 tbsp serbuk nescafe ) disatukan & diayak
40 gm pewarna merah
240 gm buttermilk ATAU ( 1 cawan susu segar + 1 tbsp cuka + 1 tbsp jus lemon - perapkan 20 minit)
1 tsp esen vanilla
270 gm tepung superfine - diayak
1 tsp soda bicarbonate
1 tbsp cuka
Loyang : 8 inci - 2 biji
Cara membuat :
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Tambahkan telur sebiji demi sebiji dan terus pukul hingga berkrim.
3. Dalam bekas lain, satukan serbuk koko, nescafe dan pewarna, gaul hingga menjadi pes pekat.
4. Masukkan adunan koko tadi ke dalam adunan mentega dan pukul sebati.
5. Tuangkan buttermilk dan esen vanilla, pukul lagi biar rata.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaupbalik adunan dengan spatula.
7. Dalam mangkuk kecil, satukan soda bicarbonate dan cuka, kacau hingga buihnya menghilang dan terus tuangkan ke dalam adunan dan pukul dengan kelajuan perlahan selama beberapa saat.
8. Ambil sedikit adunan dan tuangkan ke dalam 2 papercup kecil (untuk hiasan), kemudian tuangkan bakinya ke dalam 2 loyang yang telah digris dan dialas dengan kertas minyak. Setiap loyang 450 gm.
9. Bakar selama 30 minit pada suhu : 180'C. Setelah kek sejuk, potong setiap kek kepada 2 lapisan, sapukan dengan aising tiap lapisan dan diikuti keseluruhan kek. Hiaslah ikut citarasa.
KRIM MENTEGA (umi e)
250 gm mentega
150 gm shortening
250 gm gula icing (ayak)
2 tbsp susu segar ATAU susu cair (optional)
Cara membuat :
1. Pukulkan kesemua bahan kecuali susu segar hingga kembang atau berubah menjadi putih gebu.
2. Setelah krim mentega kembang masukkan susu sedikit demi sedikit hingga mendapat konsistensi yang diingini.
3. Ambil sebanyak mana yang diperlukan dan letakkan pewarna pilihan.
Nota : Dalam cuaca panas tidak perlu campur susu. Krim ini sesuai untuk kek besar.
elok jer nampak red velvet tuh...deko pun simple n comel...
ReplyDelete