Friday, September 28, 2012
Kuih Lapis
KUIH LAPIS SERI MALAYSIA
rujukan dari : blog 'dapurCT'
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan
1 tsp garam
1 tbsp minyak masak
Pewarna masakan merah, kuning & biru
Loyang : 8 inci sapu sedikit minyak, alas plastik (kuih nipis)
Cara membuat :
1. Panaskan kukusan. Sapu loyang dengan sedikit minyak dan alas dengan plastik. Masukkan loyang ke dalam kukusan dan biarkan selama 5 minit.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna ke dalam mangkuk dan kacau hingga gula larut.
3. Tapiskan dan bahagikan kepada 5 bahagian. Letakkan pewarna.
4. Dua bahagian biarkan kosong dan yang lagi 3 bahagian warnakan dengan merah, kuning dan biru.
5. Mulakan melapis bahagian bawah dengan warna putih. Kukus selama 6-7 minit atau hingga masak.
6. Kemudian tuangkan adunan merah dan kukus selama 6-7 minit diikuti dengan adunan putih, biru dan kuning.
7. Untuk adunan akhir tutupkan loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit atau hingga masak.
Nota : lain kali nak guna loyang 7 inci memandangkan loyang 8 inci kuih kelihatan nipis. Apapun kuih ini sedap. Tqvm kepada Sitidelima untuk resipi yang sedap ini. Minta izin untuk disalinkan disini untuk rujukan yang akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment