Sunday, September 16, 2012
Kek Chiffon
BLUEBERRY CHIFFON CAKE
rujukan dari : buku 'Istimewa Pemanis Mulut' oleh Sitidelima
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan A :
4 biji kuning telur
70 ml susu cair
70 ml minyak jagung
45 ml air
100 gm gula halus
1 tbsp blueberry paste
2 tbsp blueberry filling
150 gm tepung superfine *
1 tsp baking powder *
secubit garam halus * ( * disatukan, gaul rata dan ayak)
Bahan B :
4 biji putih telur
90 gula halus
secubit cream of tartar
Loyang : 23cm, tidak perlu digris
Cara membuat :
1. Panaskan oven pada suhu : 175'C. Siapkan tin chiffon saiz 23cm.
2. Dalam satu bekas, campur semua bahan-bahan "A" dan kacau dengan whisk hingga sebati. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk lain yang bersih, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar pada kelajuan tinggi hingga menjadi "meringue".
4. Kemudian masukkan "meringue" tadi ke dalam adunan no. 2 dan gaul rata menggunakan kaedah kaupbalik dengan spatula.
5. Tuang ke dalam tin chiffon tadi. Bakar 40-45 minit hingga permukaan kek nampak kuning keemasan, kering dan kek sedikit mengecut dibahagian tepinya.
6. Keluarkan dari oven, terlangkupkan tin tadi. Biar kek sejuk sepenuhnya. Kemudian bolehlah dikeluarkan dari tin acuan.
Labels:
Chiffon cake
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment