Thursday, October 10, 2013
AGAR-AGAR GULA MELAKA
AGAR-AGAR GULA MELAKA
Sumber dari : yatiememories, tq.
dicuba oleh : zaralovebaking
Bahan-bahan :
10 gm serbuk agar-agar
1 liter air (4 cawan)
1 ketul gula melaka (amggaran 200 gm)
1/4 cawan gula pasir
250 ml. santan pekat (200 ml santan kotak + selebihnya air = 250 ml)
1 biji telur (dimasukkan didalam santan & kocok sedikit dengan garpu)
2 helai daun pandan
secubit garam
Cara-cara :
1. Masakkan gula melaka, gula pasir bersama 1 cawan air. Masukkan daun pandan. Masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau. Bila dah siap, tapis dan jadikan jumlahnya 2 cawan. (Gunakan air yang dari 4 cawan itu).
2. Didalam periuk bersih, masakkan 2 cawan cawan air bersama serbuk agar-agar hingga mendidih.
3. Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah dikacau hingga mendidih.
4. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.
5. Kacau dan tunggu hingga mendidih di atas api sederhana. PENTING! Bila menggelegak, biarkan seketika lebih kurang 1-2 minit. Adunan santan akan kelihatan berbintil-bintil. Tutupkan api.
6. Tuangkan ke dalam acuan pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan di dalam peti ais bila puding telah suam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment