Wednesday, October 30, 2013
PUDING KARAMEL KASTAD
PUDING KARAMEL KASTAD
Oleh : zaralovebaking
Bahan Karamel :
100 gm gula kastor
25 ml air
Bahan Kastad :
3 biji telur 'B'
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla
90 gm gula kastor (lain kali buat kurangkan sikit gula sebab manis)
400 ml susu segar
100 ml krim
Cara Penyediaan :
1. Penyediaan karamel : masukkan gula di dalam periuk/kuali. Hanguskan gula hingga keperangan. Masukkan air dengan berhati-hati dan kacau sebati. Tuangkan ke dalam loyang bulat bersaiz 7 inci. Ketepikan dulu.
2. Penyediaan kastad : satukan kesemua bahan kastad. Kacau perlahan hingga sebati kemudian tapiskan ke dalam loyang berisikan gula hangus tadi.
3. Kukuskan selama 45 minit atau hingga masak sempurna. ENJOY!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment