toping dengan 'orange pie filling'
toping dengan 'blueberry pie filling'
NO-BAKED CHEESECAKE
Sumber : hazila.blogspot.com
dicuba : zaralovebaking
Bahan filling :
250 gm cream cheese - suhu bilik
1/2 cawan gula kastor
4 tbsp. yogurt
2 tbsp. thick cream
1 tsp. esen vanilla
Bahan base/dasar :
16 keping biskut marie
2 tbsp. mentega
Cara-cara :
Kisarkan biskut marie hingga halus. Campurkan mentega. Dengan menggunakan jari gaulkan mentega dan biskut. Masukkan ke dalam bekas/jar, tekankan hingga mampat. Masukkan ke dalam peti ais sementara menyediakan bahan filling.
Campurkan kesemua bahan filling di dalam bekas. Putarkan hingga kembang dan kental. Sudukan ke dalam bekas/jar, sejukkan di dalam peti ais lebih kurang 4-5 jam. Tuangkan sos raspberry (atau sos pilihan) semasa menikmati cheesecake.
Raspberry Sauce :
1 paket raspberry
2 tbsp gula pasir
1 tsp jus lemon
1/4 cawan air
Cara-cara :
Masukkan kesemua bahan sos ke dalam periuk. Panaskan hingga gula larut sambil dilenyek buah raspberry dengan garpu. Masak hingga sos agak pekat. Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.
Boleh Cuba ni zara... tak payah nak sibuk membakar bagai ;)
ReplyDeletesilakan Nur Hayati...
ReplyDelete