KEK PISANG

Tuesday, October 15, 2013

PUDING KARAMEL SANTAN










PUDING KARAMEL SANTAN



Sumber dari  :  akubukanmasterchef - ABM (Majalah Aroma September 2013)
dicuba oleh   :  zaralovebaking (sangat sedap & menghasilkan 3 bekas ramekin)



Bahan-bahan Puding Santan :

100  ml   susu segar
150  ml   santan
  50  gm  gula kastor
Secubit garam
    1  tsp  esen vanilla
    2  biji  telur (B)


Bahan-bahan Karamel :

  50  gm     gula pasir
    2  tbsp   air


Cara Penyediaan :

1.   Sediakan karamel terlebih dahulu.  Masukkan gula dan air ke dalam periuk kecil.  Masakkan hingga menjadi caramel/perang.

2.   Masukkan karamel tadi ke dalam bekas ramekin dengan jumlah yang sekata.  Ketepikan.

3.   Untuk puding santan :  masukkan kesemua bahan kecuali telur ke dalam periuk kecil.  Masakkan dengan api sederhana hingga gula cair/larut.  Jangan didihkan adunan, cukup sekadar suamkan sahaja.  Tutup api dan ketepikan.

4.   Didalam mangkuk lain, pukul telur hingga sebati.  Masukkan telur kedalam adunan susu sambil mengacau adunan hingga sekata/sebati.

5.   Masukkan kedalam bekas yang sudah diisi karamel tadi.  Tutupkan ramekin dengan aluminium foil.

6.   Panaskan oven 150'C.  Ambil loyang dan isikan dengan air panas didalamnya.  Masukkan bekas ramekin didalamnya.  Bakar didalam oven selama 50 minit.  Kemudian, sejukkan didalam peti ais/sejuk sepenuhnya sebelum dimakan.

No comments:

Post a Comment