KEK PISANG

Tuesday, October 15, 2013

TUNA PUFF










TUNA PUFF



Sumber  :  dapurtanpasempadan - CMG
dicuba    :  zaralovebaking



Bahan-bahan Inti :

    1   tin     tuna  -  dihancurkan
    1   biji    bawang besar  -  dipotong dadu
    2   biji    bawang putih  -  dicincang halus
    1   tbsp  cili kisar
 1/2   tsp    lada hitam kisar
    2   biji    limau kasturi  -  diperah & diambil jusnya
 1/2   tbsp  sos tiram
    1   tbsp  kicap cair
 1/2   tbsp  mentega
Secubit gula


Bahan lain :

1   paket   puff pastry  -  jenama KAWAN
1   biji       kuning telur -  untuk sapuan atas puff
Sedikit lada hitam kasar  -  untuk tabur atas puff


Cara-cara membuat inti :

     Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga harum.  Masukkan cili kisar, sos tiram dan lada hitam.  Kacau rata dan tambahkan ikan tuna, kicap dan gula, kacau rata.  Tuangkan sedikit air (anggaran 1/3 cawan), kacau dan masak hingga kering.  Akhir sekali masukkan jus limau dan mentega, kacau rata dan matikan api.  Sejukkan inti sebelum digunakan.
     Ambil sekeping puff pastry, letakkan inti dan lipatkan ikut kreativiti anda.  Sapukan kuning telur di atas puff serta taburkan sedikit lada hitam kisar.  Bakar pada suhu 180'C selama 25 minit.  ('ON' kan kipas oven jika ada).




No comments:

Post a Comment