KEK PISANG

Monday, October 28, 2013

KUIH KASUI/KASWI


Assalam teman-teman!!  Hari ni saya membuat kuih Kasui/Kaswi sekadar menghabiskan masa.  Apalagi saya teringin sangat nak makan selepas sembuh dari demam serta selsema yang agak lama juga saya hidapi. Mengalahkan orang mengidam pula..hihihi..  Sesiapa yang nak mencuba bolehlah tengok resipinya seperti dibawah ini.  Saya membuat setengah dari resipi asal memandangkan tidak ramai orang dirumah.  SELAMAT MENCUBA!!!









KUIH KASUI/KASWI




Oleh  :   zaralovebaking



Bahan-bahan :

       3   cawan   tepung gandum
    1/2   cawan   tepung ubi
 1 1/2   cawan   gula merah
       7   cawan   air biasa
       2   helai      daun pandan
       3   tsp.       air kapur
       3   tbsp.     kicap manis  (untuk warna & untuk menaikkan rasa lemak kuih)


Bahan Salut :

1   biji   kelapa parut putih   )  ( kukuskan sebentar untuk mengelakkan
Sedikit garam                      )   kelapa dari cepat basi )


Cara-cara :

1.   Masakkan gula merah dengan 3 cawan air dan daun pandan hingga gula larut.  Tapis dan campurkan dengan baki 4 cawan air lagi.  Sementara itu panaskan kukusan.

2.   Campurkan tepung gandum dan tepung ubi, gaulkan sebati.  Tuangkan air gula merah sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.  Masukkan air kapr dan kicap manis sambil dikacau hingga tiada berbintil.  Tapiskan ke dalam loyang bersaiz 10 inci x 10 inci, disapu sedikit minyak dan dialas dengan plastik.

3.   Kukuskan selama 45-55 minit atau hingga masak sempurna.

4.   Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong dan disalut dengan kelapa.  Sedia untuk dihidangkan bersama secawan kopi/teh panas.  ENJOY!!!!

No comments:

Post a Comment