Tuesday, October 15, 2013
CHOCOLATE FUDGE BROWNIES
CHOCOLATE FUDGE BROWNIES
Sumber : citarasawan
dicuba : zaralovebaking
Bahan-bahan :
310 gm mentega
160 gm serbuk koko
375 gm gula kastor
2 tsp esen vanilla
5 biji telur - gred B (dipukul ringan)
200 gm tepung gandum )
1/2 tsp baking powder ) diayak bersama
1 cawan chocolate chip (digaul dengan sedikit tepung)
Bahan hiasan : Hirisan badam atau ikut pilihan secukupnya
Loyang : 10" x 10" persegi, digris & dialas
Cara-cara :
1. Cairkan mentega di dalam periuk hingga mentega cair kemudian masukkan serbuk koko dan gaul rata/sebati.
2. Masukkan gula, esen vanilla dan telur sedikit demi sedikit. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaupbalikkan hingga bergaul rata. Masukkan chocolate chips dan gaul rata/sebati.
4. Tuangkan ke dalam loyang, ratakan dan taburkan dengan kekacang pilihan.
5. Bakar pada suhu 170'C selama 30-40 minit atau hingga masak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment