KEK PISANG

Thursday, May 21, 2020

BISKUT CORNFLAKES CRUNCHY CHOC. CHIPS








BISKUT CORNFLAKES CRUNCHY
CHOCOLATE CHIPS
sumber :    FB@Chef Danial Hadi Fans
kredit :    Nurul Syuhada Che Din




Bahan-Bahan :

250  gm  Buttercup atau boleh guna Planta   ~  suhu bilik
1  cawan  gula aising
1  sudu kecil  esen vanilla
3/4  cawan  tepung jagung
2  cawan  tepung gandum
Cornflakes secukupnya   (saya letak dalam 3 cawan, diramas-ramas sedikit)
Chocolate chips   (me :  anggaran 2 sudu makan)
Chocolate rice   (optional)
Almond cincang   (optional)


Cara-Cara :

1.  Kacau sebati butter, gula aising dan esen vanilla.  Guna senduk kayu.  Jangan pukul sampai kembang.

2.  Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit.  Tak perlu ayak bagai.  Kacau sebati.  Adunan memang lembik.

3.  Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond cincang (me :  anggaran 2 sudu makan dan disangai seketika), gaul sebati.

4.  Sudukan adunan atas loyang yang sudah disapu butter/planta/shortening.  Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh.  Selepas itu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun boleh.

5.  Jarakkan sedikit, biskut akan mengembang.  Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa jer sebab tak guna soda bikarbonate dan baking powder.

6.  Sebelum tu, boleh panaskan oven dahulu dalam 5-10 minit.  Kemudian baru boleh bakar pada suhu 160'C selama 20 minit@sehingga masak (ikut oven masing-masing) menggunakan api atas bawah.


NOTA :   mula-mula keluar dari oven biskut memang lembut, selepas tu baru akan keras.  Sejukkan dahulu baru susun dalam balang.





No comments:

Post a Comment