KEK PISANG

Saturday, May 23, 2020

KEK COKLAT LEMBAP KUKUS !








KEK COKLAT LEMBAP KUKUS
sumber :    buatoranglapo.com@you tube




Bahan-Bahan :

3/4  cawan  gula kastor
3  biji  telur   (me : guna gred A)
1/2  sudu kecil  garam
1  sudu kecil  soda bikarbonate
1  sudu kecil  esen vanilla
1  cawan  minyak
1/2  cawan  susu pekat manis
1 1/4  cawan  tepung gandum
1  cawan  serbuk koko
1  cawan  air panas


Cara-Cara :

1.  Pukul gula dan telur sehingga betul-betul kembang.  Adunan menjadi pucat.

2.  Masukkan garam, soda bikarbonate, esen vanilla, minyak dan juga susu pekat manis.  Pukul lagi sehingga sebati.

3.  Ayakkan tepung gandum dan juga serbuk koko ke dalam adunan tadi.  Kacau sehingga sebati.

4.  Masukkan pula air panas.  Kacau lagi sehingga adunan sebati.

5.  Lenserkan loyang yang berukuran 8 inci bulat/persegi dengan marjerin.

6.  Masukkan adunan tadi ke dalam loyang dan kukus selama 40 minit@hingga masak.


Bahan-Bahan Topping Coklat :   (topping ni untuk 3 biji kek saiz 8 inci)

250 gm  coklat masakan
1  sudu besar  mentega
3/4  cawan  krim putar tenusu@dairy


Cara-Cara :

1.  Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk 'stainless steel' dan masakkan secara double-boil.  Kacau sehingga coklat cair.


NOTA :    Boleh tambah krim putar sedikit demi sedikit jika mahu topping yang lebih cair.




No comments:

Post a Comment