AYAM MASAK KICAP ALA JAWA
( Mariana Zainal )
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ potong ikut suka (lumur garam & kunyit kemudian goreng jangan sampai garing)
1/2 cawan air asam jawa ~ cair-cair sahaja
Sedikit kicap masin
Sedikit kicap manis
1 sudu teh gula
Sedikit bahan perasa
1 cawan air (untuk kuah, nak lebihkan pun boleh)
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 senduk minyak masak (untuk menumis)
Bahan-Bahan Kisar : (Kisar semua bahan ini hingga lumat)
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
1 sudu besar jintan manis
1 1/2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil lada hitam biji
Hiasan :
Cili hijau & cili merah
Bawang besar (hiris bulat)
Cara Memasak :
Panaskan minyak masak, tumis bunga lawang dan kulit kayu manis hingga berbau harum.
Masukkan bahan kisar, air asam jawa, gula dan bahan perasa.
Tumis hingga naik minyak dan bahan kisar agak garing.
Renjiskan kicap manis dan kicap masin.
Masukkan ayam dan air. Kacau-kacau dan biarkan mendidih ganas.
Taburkan cili merah, cili hijau dan bawang besar.
Sesuaikan rasa, jika kurang masin tambah kicap masin, jangan letak garam.
Seimbangkan rasa dan tutup api. Sedia dihidangkan.
SIAP !
No comments:
Post a Comment