Thursday, June 11, 2020
PARU GORENG BERLADO
RESEPI PARU GORENG BERLADO
sumber : Azie Kitchen
Bahan-Bahan :
1/2 kg paru ~ rebus & lumur garam kunyit
1 keping asam gelugor
Gula perang
Serbuk perasa
Garam
Bahan Tumbuk Kasar :
5 tangkai cili padi hijau
5 tangkai cili padi merah
3 tangkai lada hijau
3 tangkai lada merah
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
Cara Memasak :
1. Rebus paru dengan sedikit garam dan halia sehingga empuk. Caranya ialah cucuk dengan tester kek atau pisau. Bila dah empuk, angkat dan toskan.
2. Bila sejuk, hiris nipis yang disukai. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
3. Panaskan minyak masak dan goreng paru sehingga garing. Angkat dan toskan. Ketepikan. Kemudian sediakan pula sambal.
4. Panaskan minyak masak dalam kuali lain dan tumis bahan tumbuk sehingga garing dengan menggunakan api perlahan.
5. Masukkan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Sesuaikan rasa dan tutup api. Biarkan betul-betul sejuk.
6. Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng garing. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.
NOTA : Sediakan sambal terlebih dahulu. Sementara sambal disejukkan, bolehlah goreng paru.
Labels:
Sambal & Sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment