KEK PISANG

Thursday, June 25, 2020

ROTI PISANG YOGURT











RESIPI ROTI PISANG YOGURT
sumber :    menudapozati.blogspot.com




Bahan-Bahan :

1 3/4  cawan  tepung gandum
1  sudu teh  serbuk penaik@baking powder
1/2  sudu teh  soda bikarbonate
1/4  sudu teh  garam
1/2  cawan  minyak jagung
1/2  cawan  yogurt asli   (135 gm)
1  cawan  gula perang
2  biji  telur gred A
1  cawan  pisang emas   (terpulang jenis pisang yang nak diguna   ~  dilenyek/diblend untuk teksture halus)
1/2  cawan  chocolate rice
Sedikit chocolate rice   ~  untuk ditabur di atas adunan roti


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 180'C api atas bawah selama 20 minit.

2.  Griskan acuan/loyang roti berukuran 7" x 4" dan alaskan dengan baking paper.

3.  Satukan tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonate dan garam.  Ayak bahan tersebut dan gaul rata.

4.  Dalam mangkuk berlainan, satukan gula dan telur.  Pukul dengan menggunakan hand whisk hingga semua gula larut.

5.  Kemudian, masukkan minyak jagung, pisang yang diblend dan yogurt.  Gaul hingga semua sebati.

6.  Masukkan adunan tepung dan chocolate rice tadi ke dalam adunan pisang dan gaul hingga semua rata.  Jangan overmix.

7.  Tuangkan adunan ke dalam acuan/loyang, taburkan chocolate rice dan bakar selama 40 minit@hingga masak.

8.  Biarkan selama 15 minit selepas masak.  Kemudian baru keluarkan roti dan sejukkan di atas wire rack.
SIAP !


No comments:

Post a Comment