RESIPI QUICHE SARDINE MUDAH
sumber : DapurTanpaSempadan@CMG
Bahan-Bahan :
6 keping puff pastry jenama KAWAN (saiz 4 inci x 4 inci)
2 biji telur gred A
100 ml whipping cream 'Dairy' (boleh ganti dengan susu segar atau santan)
Parutan keju cheddar secukupnya
Sedikit cincangan parsley (boleh ganti dengan daun bawang atau kucai)
Bahan-Bahan Inti :
1 tin kecil sardine (brand Cap Ayam)
1 biji bawang besar ~ didadu
2 keping hirisan halia ~ cincang halus
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
2 biji cili padi merah thai ~ cincang halus
Kicap cair secukup rasa
2 biji limau kasturi ~ perah jusnya (kalau saiz limau besar, guna sebiji jer)
Cara Membuatnya :
1. Untuk Inti Quiche : Panaskan 2 camca besar minyak masak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi. Kacau rata. Masukkan sardine dan pecah-pecahkan isinya. Masak sehingga kering. Tambah kicap cair dan jus limau kasturi. Kacau rata dan masak sekejap. Sesuaikan rasa dan matikan api. Sejukkan untuk kegunaan kemudian.
2. Untuk Pastry Puff : Keluarkan pastry puff dari freezer, biarkan pada suhu bilik selama 15 minit. Ambil sekeping dan taburkan dengan sedikit tepung. Buat potongan kurang lebih 1 inci pada setiap bucu pastry. Lenser acuan muffin dengan sedikit mentega. Berhati-hati masukkan puff pastry tadi ke dalamnya dan bentukkan. Kemaskan dan buat sehingga siap.
3. Untuk Quiche Sardine Mudah : Panaskan oven pada suhu 190'C. Bahagikan inti quiche kepada 6 bahagian sama banyak dan isikan ke dalam acuan beralas puff pastry tadi.
Dalam satu bekas, satukan telur dan whipping cream, kacau sehingga semua sebati. Kemudian tuangkan ke dalam puff pastry yang berisi inti tadi. Taburkan parutan keju dan sedikit cincangan parsley atau daun bawang.
Bakar selama 20-25 minit atau sehingga kuning keemasan (bergantung pada oven masing-masing). Keluarkan dari oven, biarkan sekejap dan alihkan ke atas jaringan.
Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment