RESIPI KEK MARBLE JELITA
sumber : FB@Aznie Khasri
kredit : Duyung Sweet Laling
Bahan-Bahan :
200 gm tepung gandum *
1 sudu teh baking powder * (* diayak)
230 gm butter, suhu bilik
130 gm + 50 gm gula kastor
4 biji telur (me : guna gred A ~ asingkan putih & kuning)
60 ml susu segar
Serbuk koko secukupnya
Esen vanilla secukupnya
1/2 sudu teh black cocoa powder
1 sudu besar coklat emulco
1 tbsp red velvet emulco (me : guna 1/2 sudu besar jer)
Cara-Cara :
1. Pukul putih telur dan gula kastor (50 gm) sehingga bertanduk@meringue. Ketepikan seketika.
2. Dalam bekas lain pukul butter, gula kastor (130 gm) dan kuning telur sehingga kembang kemudian masukkan esen vanilla secukupnya. (me : 1/2 sudu teh)
3. Masukkan separuh tepung dan susu segar, pukul sebati. Kemudian masukkan baki tepung dan susu segar tadi, pukul lagi.
4. Masukkan separuh putih telur yang sudah dipukul, sebatikan, habiskan putih telur tadi (me : buat secara 3 peringkat), kaupbalik sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian :
i) Plain
ii) Red Velvet Emulco + Serbuk Koko, sikit jer
iii) Black Cocoa Powder + Coklat Emulco
Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 8 inci bulat/persegi, gris dan alas baking paper secara berselang-seli sehingga habis adunan. Lorekkan menggunakan lidi sate/chopstick mengikut kreativiti sendiri.
6. Masukkan ke dalam oven, bakar pada suhu 160'C selama 50 minit@sehingga
masak, api atas bawah (bergantung pada oven masing-masing).
Siap !
No comments:
Post a Comment