Thursday, June 25, 2020
IKAN DORI MASAM MANIS
IKAN DORI MASAM MANIS
BERNANAS
sumber : tiffinbiru@CMG
Bahan-Bahan :
2 keping fillet ikan Dory
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji putih telur
4 sudu besar tepung jagung
1/4 bahagian traffic light capsicum (merah, hijau & kuning ~ dipotong berbaji) (tak letak)
1 1/2 cawan nanas ~ dipotong kiub (me : ganti dengan tomato)
1 biji bawang besar ~ dibelah 6
3 ulas bawang putih ~ cincang halus
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato *
3 sudu besar sos cili *
2 sudu besar sos plum *
1 sudu kecil sos ikan * ( * bahan-bahan sos, disatukan & kacau rata )
1 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung + 2 sudu besar air = dikacau rata
1 sudu kecil bijan ~ digoreng tanpa minya hingga wangi
Sedikit hirisan daun bawang ~ untuk hiasan (me : guna daun kucai)
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Fillet ikan Dory dipotong kiub (sebesar saiz ibu jari orang dewasa), kemudian perap dengan jus limau nipis atau jus limau kasturi selama 15 minit. Cuci bersih dan toskan. Gaul isi ikan tadi dengan serbuk lada sulah dan 1/2 sudu kecil garam hingga rata, perap 20 minit. Kemudian gaulkan dengan putih telur dan tepung jagung hingga rata. Goreng terendam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
2. Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 4 sudu besar. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan bahan-bahan sos (*), kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan nanas dan bawang besar, masak hingga lembut. Tambah traffic light capsicum dan isi ikan Dory yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan tuangkan bancuhan tepung jagung. Masak hingga pekat. Sesuaikan rasa dan jika perlu masukkan sedikit garam atau boleh guna sos ikan. Masak sekejap lagi dan tutup api. Tabur dengan bijan dan hirisan daun bawang.
4. Hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment