PASTRY PUFF SOSEJ
sumber : resepicitarasawan
Bahan-Bahan :
1 paket square pastry puff jenama KAWAN
1 paket sosej ~ potong 2 setiap satu
Parutan keju cheddar secukupnya
Sapuan : 1 biji kuning telur + sedikit air + susu sejat = kacau sebati
Cara-Cara :
1. Lembutkan sebentar pastry puff pada suhu bilik. Potong 2 1/2 x 2 1/2 inci setiap satu.
2. Ambil satu keping dan letakkan 1 keratan sosej ditengahnya. Tabur dengan serbuk lada hitam, jika suka.
3. Temukan kedua-dua bucu pastry ditengah, tekan sedikit supaya melekat. Sapu permukaan dan tepinya dengan kuning telur.
4. Tabur parutan keju ditengahnya. Bakar pada suhu 180'C selama 15 minit. Pasangkan kipas oven supaya garing dan masak sekata.
Siap !
No comments:
Post a Comment