ROTI JALA KUAH DURIAN
( Cik Dayang Zuhaila )
Bahan Roti Jala :
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 biji telur (me : guna gred A)
2 sudu besar minyak masak
Sedikit pewarna kuning & hijau
Secubit garam
Bahan Kuah Durian Lemak Berkrim :
5-6 ulas isi durian
1 cawan air
1/2 kotak santan
2 sudu besar whipping cream 'dairy'
Sedikit gula, jika perlu
Secubit garam
Daun pandan
Cara Membuat :
1. Untuk Roti Jala : Satukan semua bahan roti jala sehingga sebati dan tapis jika perlu. Boleh juga di kisar sehingga halus. Bahagikan kepada dua bahagian dan letakkan pewarna pilihan. (Saya gandakan resipi). Kemudian bolehlah mula mengirai roti jala dengan menggunakan acuan muncung tiga. Kirai ikut citarasa, biarkan sehingga permukaan roti jala kering sedikit, angkat dan gulung atau lipat ikut citarasa. Tidak perlu diterbalikkan.
2. Untuk Bahan Kuah Durian Lemak Berkrim : Satukan semua bahan kuah durian ke dalam periuk. Kacau sampai mendidih dengan api perlahan, jangan sampai pecah minyak. Jika rasa terlalu pekat, masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa, bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan Roti Jala.
No comments:
Post a Comment