PUDING KARAMEL BISKUT
HUP SENG BERKISMIS
( Mariana Zainal )
Loyang : 7 inci, bulat
Bahan-Bahan :
15 keping biskut cream crackers (saya guna brand Hup Seng)
1 tin susu cair
3/4 cawan gula pasir (150 gm)
1/2 tin susu air sejuk/air biasa (sukat guna tin susu cair) lebih kurang 200 ml
6 biji telur gred A/B
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula pasir (dimasak tanpa air dalam loyang menjadi gula hangus dan ratakan di dasar loyang, ketepikan...guna api perlahan)
Cara Penyediaan :
~ Ramas hancur biskut, ketepikan.
~ Pecahkan telur satu persatu dalam piring dan buangkan ketulan beku yang berwarna putih, masukkan dalam mangkuk besar, pukul bersama gula dan garam sehingga kembang (boleh juga guna blender) dan masukkan esen vanilla.
~ Masukkan susu cair, mix lagi.
~ Masukkan air sejuk, mix seketika dan akhir masukkan biskut yang telah diramas tadi, kacau mesra.
~ Tuangkan adunan ke dalam loyang telah dimasak gula hangus tadi, jika suka boleh taburkan kismis di atas.
~ Kukus selama 40-45 minit/sehingga masak, periksa guna lidi macam kita periksa kek.
~ Dah sejuk terbalikkan ke dalam dulang/pinggan yang bersesuaian. Siap untuk dihidangkan.
~ Nak lagi sedap letak dalam peti ais makan sejuk-sejuk nyaman sekali.
Biskut hup seng pun boleh dibuat puding juga ya rupanya... ingatkan roti tawar je. Pasti rasanya lebih sedap. Teringin pula nak dicuba buatnya.
ReplyDelete