KEK PISANG

Wednesday, June 24, 2020

MUFFIN PISANG COKLAT










RESIPI MUFFIN PISANG COKLAT
sumber :    dapozati.blogspot.com




Bahan Kering :

1  cawan  tepung gandum
2  sudu besar  serbuk koko
1/2  sudu teh  soda bikarbonate
1  sudu teh  serbuk penaik@baking powder
Sedikit garam


Bahan Basah :

3/4  cawan  pisang yang sudah dilecek
1/2  cawan  minyak jagung atau minyak masak
1/2  cawan  gula perang
1  biji  telur yang dipukul sedikit   (saya guna gred A)
Chocolate chips secukupnya


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 160'C selama 15 minit.

2.  Ayakkan semua bahan kering ke dalam mangkuk.  Ketepikan.

3.  Campurkan semua bahan basah ke dalam mangkuk lain dan kacau rata.

4.  Masukkan bahan kering yang sudah diayak ke dalam campuran bahan basah.  Kacau dengan whisk sekejap sahaja.  Jangan terlebih kacau nanti muffin akan keras selepas dibakar.

5.  Letakkan kertas muffin ke dalam loyang muffin.  Sudukan adunan tadi sehingga 3/4 penuh.  Taburkan chocolate chips di atas adunan muffin tadi.

6.  Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak (bergantung pada oven masing-masing).  Cucuk dengan lidi sate untuk pastikan muffin sudah masak atau tidak.
SIAP!


No comments:

Post a Comment