KEK PISANG

Monday, June 22, 2020

MARTABAK MAGGI










RESIPI MARTABAK MAGGI
sumber :    buat orang lapo.com@you tube
(sangat sedap)




Bahan-Bahan :

Mi Segera Maggi Perisa Kari   (me :  guna 1 paket)
100  gm  ayam cincang/kisar
1  biji  bawang besar   ~  potong ikut suka
1/2  biji  cili besar merah   ~  potong ikut suka
2  biji  telur gred A
Perencah kari
Lobak merah secukupnya   ~  potong ikut suka
Daun ketumbar   (me : guna daun kucai, potong ikut suka)
Keju Mozarella  (tidak wajib)  (me : guna parutan keju cheddar)


Cara-Cara :

1.  Rebus mi segera selama 2 minit mengikut arahan pada bungkusan mi.  Angkat, toskan dan ketepikan dahulu.

2.  Goreng ayam dengan sedikit minyak sehingga ayam masak.  Angkat dan ketepikan.

3.  Goreng pula bawang besar dengan sedikit minyak sehingga garing bersama cili merah besar.  Angkat dan ketepikan.

4.  Masukkan telur ke dalam mangkuk dan campurkan dengan perencah mi segera, pukul sehingga sebati.

5.  Kemudian, masukkan bawang dan cili yang digoreng tadi, lobak merah, ayam yang telah digoreng tadi, daun ketumbar serta mi segera yang telah direbus.  Gaulkan kesemuanya sehingga bersalut dengan telur.

6.  Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak, ambil separuh mi segera yang bersalut telur tadi dan goreng sehingga bawahnya kekuningan dan terbalikkan.

7.  Selepas itu, taburkan keju Mozarella di atasnya dan tutup kuali supaya keju cepat cair.  Bila dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan.
Siap !


No comments:

Post a Comment