KEK PISANG

Monday, June 8, 2020

KEK SARANG SEMUA@KUKUS











RESIPI KEK SARANG SEMUT
sumber :    Insta/majalahrasa
kredit :    ana mahtar




Bahan-Bahan :

1  cawan  gula pasir
1  cawan  air panas
1  cawan  tepung gandum
3  sudu makan  marjerin
4  biji  telur gred B   (me :  guna gred A)
3/4  cawan  susu pekat manis   (boleh guna 1/2 cawan jika nak kurang manis)
2  sudu kecil (sudu kfc)  soda bikarbonate
1  sudu kecil (sudu kfc)  baking powder
1  penutup botol  esen vanilla


Cara-Cara :

1.  Cairkan gula pasir menggunakan api sederhana sehingga hangus (keperangan).  Kecilkan api dan tuangkan air panas sedikit demi sedikit sehingga habis.  Kacau dan masak menggunakan api perlahan sahaja sehingga gula hangus dan air jadi sebati.

2.  Masukkan marjerin.  Kacau sehingga marjerin larut.  Padamkan api dan biarkan adunan seketika.

3.  Masukkan telur ke dalam mangkuk/bekas.  Kemudian kacau-kacau manja supaya telur kuning pecah sahaja.

4.  Tambahkan susu pekat manis dan esen vanilla.  Kacau lagi sehingga sebati.

5.  Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonate dan baking powder.

6.  Satukan air gula hangus tadi ke dalam bekas berisi adunan telur dan kacau rata.

7.  Kemudian masukkan campuran tepung yang diayak tadi.  Adun sehingga sebati.

8.  Alas loyang saiz 7 inci/8 inci dengan kertas minyak dan griskan sekeliling loyang dengan marjerin.  (Jika guna acuan biru seperti gambar diatas, sapu acuan dengan sedikit minyak, tidak perlu di alas).

9.  Panaskan periuk kukusan sehingga mendidih sebelum dimasukkan loyang berisi adunan kek tadi.

10.  Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.  (Jika nak bakar, panaskan ketuhar pada suhu 170'C dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak, bergantung pada oven masing-masing).


No comments:

Post a Comment