KEK PISANG

Thursday, June 11, 2020

TELUR DADAR TUNA



Sedap, tapi agak mencabar untuk terbalikkan sebab mudah pecah...







RESIPI TELUR DADAR TUNA
sumber :    ummi@home sweet home




Bahan-Bahan :

6  biji  telur saiz sedang
1  tin  tuna   (Mild Tuna)
1  labu  bawang besar   ~  didadu/hiris
1  tangkai  cili merah   ~  potong kecil-kecil
Sedikit daun bawang   ~  hiris halus
2  sudu besar  Mayones
1/2  sudu teh  serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menggoreng


Cara Memasak :

1.  Campurkan saja kesemua bahan kecuali minyak masak di dalam bekas.  Adun rata dan sebati.

2.  Panaskan minyak masak dalam kuali atau non-stick pan (tak perlu minyak banyak), tuangkan adunan telur dan masak dengan api perlahan.

3.  Terbalikkan selepas 3-4 minit dan biarkan sehingga kedua-dua bahagian masak.

4.  Angkat dan hidangkan.  Boleh juga dilapiskan dengan roti.

No comments:

Post a Comment