KEK PISANG

Tuesday, June 16, 2020

NASI GORENG SARDINE










RESIPI NASI GORENG SARDIN
sumber :    Surianti Ramli




Bahan-Bahan :

1  mangkuk besar  nasi sejuk
1  labu  bawang besar   ~  dimayang
1  senduk  cili kisar   (boleh juga gantikan dengan cili merah + cili padi yang ditumbuk)
Sayur pilihan   (saya menggunakan sawi dan lobak merah)
1  tin kecil  sardine   (buangkan tulangnya serta kuahnya dan ambil isinya sahaja dan dihancurkan)
2  biji  telur
Sedikit kicap lemak manis
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya, tumis bawang besar sehingga layu, masukkan cili kisar.  Masak sehingga pecah minyak.

2.  Masukkan isi ikan sardine dan sayur.  Kacau-kacau rata sekejap.  Tolakkan kedua-dua bahan ini ke bahagian tepi kuali.  Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali.  Biarkan sebentar.  Bila telur telah mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap lemak manis.

3.  Kacau-kacau rata dengan cepat sehingga sebati semuanya.
SIAP !


No comments:

Post a Comment