Monday, June 1, 2020
AYAM MASAM MANIS ALA THAI
RESEPI AYAM MASAM MANIS
ALA THAI
(Mariana Zainal)
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ gaul sedikit garam kunyit & goreng, jangan goreng terlalu garing
Bahan Kisar : (jangan kisar sampai halus ya)
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
10-15 biji cili padi ~ tak suka pedas boleh kurangkan
2 batang serai ~ hiris-hiris
Bahan Lain :
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
3-4 helai daun limau purut ~ dicarik-carik
1 1/2 sudu besar gula
Sedikit garam
Sedikit bahan perasa
1 cawan air ~ untuk kuah
2 senduk minyak untuk menumis
5-6 biji cili padi ~ hiris membulat, tak nak pun boleh
1 biji bawang besar ~ hiris membulat
Sedikit daun ketumbar atau daun sup, jika tiada stok (me : guna daun bawang jer)
Cara Memasak :
Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan gula, sedikit garam (jangan banyak) dan bahan perasa, tumis hingga betul-betul naik minyak dan agak garing. Masukkan sos cili, sos ikan dan daun limau purut. Masukkan ayam yang digoreng dan air, gaul rata. Bila dah mendidih dan kuah pekat masukkan bawang besar dan cili padi potong, gaul rata, sesuaikan rasa, taburkan daun ketumbar dan tutup api...Siap !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment