RESIPI SERAWA DURIAN + PULUT
sumber : DapurTanpaSempadan@CMG &
Cik Dayang
Bahan Kuah Durian Lemak Berkrim
sumber : cik dayang
5-6 ulas durian segar
1 cawan air
1/2 kotak santan
2 sudu besar whipping cream 'dairy'
Sedikit gula jika perlu
Secubit garam
Daun pandan
Cara-Cara :
Masukkan kesemua bahan kuah durian ke dalam periuk. Kacau sampai mendidih dengan api perlahan, jangan sampai pecah minyak. Jika rasa terlalu pekat, masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa, bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan pulut atau dengan roti.
Bahan Pulut
sumber : DapurTanpaSempadan@CMG
1 kg pulut ~ cuci & rendam selama 1 jam, toskan
700 ml santan cair
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 sudu kecil minyak masak
1 helai daun pandan ~ disimpul
Cara-Cara :
Panaskan kukusan, sediakan loyang berukuran 9 inci. Letakkan pulut dalam loyang. Satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuangkan ke dalam loyang berisi pulut, ratakan. Letakkan daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian gemburkan dan sambung kukus lagi 10 minit atau sehingga pulut betul-betul masak. Ketepikan.
Cara Menghidang :
Senduk pulut secukupnya dalam bekas sesuai. Tuangkan kuah serawa dan hidangkan. Atau anda boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut tadi.
No comments:
Post a Comment