Saturday, June 6, 2020
TELUR TOMATO
RESEPI TELUR TOMATO
SEDAP & MUDAH
sumber : www.rasa.my@Siti Zanariah Khalit
Bahan-Bahan :
4 biji telur
2 biji tomato ~ pilih yang besar & merah
Garam secukup rasa
Serbuk perasa ~ jika suka
Gula ~ perlu ada untuk hilangkan rasa masam & maung tomato
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak masak.
2. Dalam mangkuk pecahkan telur dan kacau guna garpu. Kemudian masukkan dalam kuali. Bila telur kelihatan setengah masak, gaulkan.
3. Bila telur kelihatan 3/4 masak, angkat. Pastikan telur tidak terlalu masak.
4. Dalam kuali yang sama, masukkan sedikit lagi minyak masak. Masukkan hirisan tomato.
5. Masak tomato sehingga layu dan keluar airnya. Air tomato yang keluar itu akan menyedapkan lagi rasa telur.
6. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
7. Akhir sekali, masukkan telur. Kacau sebati dan siap untuk dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment