KEK PISANG
( PJJ Mariana Zainal)
Bahan A :
160 gm gula kastor atau gula pasir@140 gm
180 gm minyak masak
3 biji telur gred A
(*** Kisar semua bahan A menggunakan blender selama 3 atau 4 minit sahaja).
250 gm pisang berangan yang masak ranum (sukat tanpa kulit pisang) ~ potong-potong sikit supaya mudah hancur masa kisar .... masukkan pisang ke dalam bahan yang dikisar tadi, kisar sekejap, tidak sampai 10 saat, kita tak nak pisang terlalu hancur.
Bahan B :
150 gm tepung gandum (tak kisah jenama)
9 gm@ 1 sudu teh soda bikarbonate, jika beli di bakeri (jika guna soda bikarbonate yang dibeli di pasaraya atau kedai runcit boleh ikut sukatan ini @8 gm baking soda@soda bikarbonate + baking powder 4 gm
Secubit garam
Cara-Cara :
1. Satukan bahan A yang sudah dikisar dengan bahan B.
2. Kacau sebati menggunakan whisk atau senduk kayu.
3. Lenser butter dalam loyang saiz 10 x 10 inci (jika nak kek yang tinggi boleh guna loyang saiz 9 inci).
4. Lapikkan dengan baking paper.
5. Masukkan adunan dalam loyang, susun hiasan hirisan pisang, hentakkan perlahan.
6. Panaskan oven suhu 150'C selama 10 minit. Masukkan loyang ke dalam oven, bakar selama 35-40 minit (bergantung pada oven masing-masing).
SIAP !
No comments:
Post a Comment