Thursday, June 18, 2020
UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI PADI
RESIPI UDANG GALAH MASAK
LEMAK CILI PADI
sumber : resepichenom.com
Bahan-Bahan :
1 kg. udang galah
4 batang kacang panjang ~ patahkan sepanjang 3 cm (me : guna 2 biji tomato)
2 helai daun kunyit ~ dicarik-carikkan
2 batang serai ~ dititik
1 mangkuk santan pekat & 1 mangkuk santan cair ~ dari 1/2 biji kelapa
1-2 keping asam gelugor
Garam & gula secukup rasa
Bahan-Bahan Kisar Halus :
8-10 biji cili padi
2 ketul kunyit hidup ~ kikis kulitnya
6-8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih (optional)
Cara Memasak :
1. Bersihkan udang dan potong janggutnya. Ketepikan.
2. Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, udang galah dan serai yang dititik tadi. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih.
3. Setelah mendidih masukkan pula santan pekat, daun kunyit, asam gelugor dan kacang panjang.
4. Masukkan garam dan sedikit gula@secukup rasa. Apabila kuah mendidih dan kacang panjang tadi dah lembut, terus tutup apinya. Sedia dihidangkan.
TIPS :
~ Kuah harus dimasak di atas api yang perlahan dan harus kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan berketul.
~ Udang galah pula tidak boleh dimasak terlalu lama kerana nanti isi akan keras dan kurang sedap.
~ Boleh juga digunakan santan kotak (1 kotak santan 200 ml untuk resepi ini dan ditambah sedikit air).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment