SAGU GULA MELAKA
sumber : Insta@rengginangtahu
Bahan-Bahan :
2 cawan sagu putih
5-6 cawan air
Pewarna ikut suka
2 helai daun pandan
Cara-Cara :
1. Sagu cuci bersih dan rendam bersama pewarna lebih kurang 20 minit. Toskan.
2. Panaskan air dan daun pandan hingga mendidih dan masukkan sagu.
3. Kacau-kacau supaya masak sekata hingga tiada biji-biji putih dan likat.
4. Tuang ke dalam bekas atau acuan pilihan.
5. Sejukkan.
Bahan Kuah :
1 ketul gula Melaka
1/4 cawan gula merah
3/4 cawan air
1 helai daun pandan
Bahan Lain : 1 tin susu cair
Cara-Cara :
1. Masak air, gula Melaka, gula merah dan daun pandan hingga larut dan sejukkan.
2. Sudukan air gula melaka ke dalam gelas. Masukkan sagu dan tuangkan susu cair.
3. Hidangkan dengan buah-buahan dalam tin ikut suka.
SIAP !
sagu gula khas mana ya btw
ReplyDelete