RESIPI CUCUR UDANG KERING
sumber : zulfazalovescooking@ZLC
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji bawang besar
1/4 cawan udang kering (rendam sedikit hingga lembut)
Secekak daun kucai (dihiris kecil)
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-Cara :
1. Satukan tepung gandum dan kucai ke dalam mangkuk dan kacau rata. Kisar bawang besar dan udang kering dengan 2 cawan air sehingga lumat. Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk kecil dan masak sehingga mendidih. Tutup api.
2. Kemudian tuangkan 1/3 bahan ini ke dalam mangkuk tepung. Adun rata. Tuangkan 1/3 lagi dan adun rata. Seterusnya tuangkan bakinya dan kacau sebati. Biarkan sejuk sedikit sebelum ambil adunan dan bentukkan sebesar guli. Celup tangan dalam air bagi mengelakkan adunan tepung melekat pada tangan. Susun di atas dulang bebola tadi. Buat sehingga adunan habis. Kemudian panaskan minyak masak secukupnya dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur. Hidangkan bersama sos pilihan.
No comments:
Post a Comment